MERDEKA
PLAYING NOW : DO AS INFINITY - HIRAGI
Hari ini merupakan hari yang sangat bermakna untuk Malaysia kerana hari ini merupakan Hari Merdeka! Di mana negara bebas daripada penjajahan dan berkerajaan sendiri. Rakan-rakan saya telah tetapkan hari ini bahawa kita semua "memblog" dengan Bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi bagi negara kita!
Malam tadi, kira-kira pukul 10 malam selepas tuisyen, saya dan beberapa rakan saya telah meraikan Hari Merdeka kat mamak Tanjung di USJ 9. Kami telah menghabiskan banyak masa di sana dengan cakap kosong. Meja kami merupakan meja yang paling bising sekali, kerana salah seorang daripada rakan saya yang bernama Esther banyak cakap pada malam tadi sampai ada yang pindah ke meja lain XD Saya sendiri pun tak boleh tahan dan telah pindah ke meja bersama rakan-rakan saya yang telah pindah meja.
- 1111 reads





Post new comment